Sejumlah RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari melibatkan 5.23 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diluluskan setakat 12 Mac 2021.<br /><br />Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat 14 Mac 2021 pula, pengeluaran i-Sinar sebanyak RM52.48 bilion diluluskan kepada 5.94 juta pemohon dan daripada jumlah itu sebanyak RM32.74 bilion telah pun dikreditkan.
